Meskipun disindir netizen Anwar tetap 'cool'

Iklan
Paparan Facebook Anwar.

SHAH ALAM - Perkongsian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook mengenai pertemuan beliau dengan beberapa duta menarik perhatian netizen.

Anwar yang juga merupakan bakal Perdana Menteri kelapan sebelum itu berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Duta Besar Indonesia Rusdi Kirana dan Duta Besar Romania Nistor Constantin-Volodea di pejabatnya semalam.

Iklan
Iklan

"Menyentuh pelbagai aspek diplomasi dan geopolitik, selain tekad memperkukuh hubungan dagang dan budaya antara kedua-dua negara," katanya.

Tertarik dengan perkongsian itu, netizen Mat Jari Ibrahim mendoakan Anwar sentiasa dilimpahi rahmat daripada ALLAH.

Iklan

"Semoga ALLAH sentiasa merahmati bakal Perdana Menteri (PM) kita," komentarnya.

Seorang lagi netizen, Muhammad Ridzuan Rawi dalam nada sinis, berkata duta-duta itu menemui bakal Perdana Menteri Malaysia paling lama.

Iklan

Tidak betah dengan sindiran itu, Anwar tidak melenting.

"Insya-ALLAH terima kasih atas doa," balas Anwar.

Susulan itu, seorang lagi netizen Md Yaakob Jalil, menganggap komentar Muhammad Ridzuan sesuatu yang positif.

"Tutur kata yang baik itu satu sedekah.Insya-ALLAH moga ALLAH permudahkan laluan Anwar menjadi PM ke-8," katanya.

Perjalanan Anwar untuk mendaki jawatan nombor satu dalam pentadbiran negara penuh berliku, beliau hampir menjadi Perdana Menteri pada tahun 90-an dahulu namun atas beberapa faktor hasrat beliau terkandas seketika.

Bagaimanapun harapan beliau kembali menyala setelah PH berjaya merampas Putrajaya daripada BN pada PRU14 lalu, setelah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji untuk memberikan jawatan PM kepada Anwar setelah dua tahun beliau memimpin negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar pengganti Mahathir jadi PM]