Garis panduan rumah pekerja asing

Iklan
Mohd Rafiq ketika sidang media selepas penangguhan sesi pertama di Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN ke-14 di Ayer Keroh, semalam.

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka sedang merangka satu garis panduan penyusunan penempatan pekerja warga asing di negeri ini.

Exco Industri, Perdagangan dan Pelaburan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, langkah itu bertujuan menjadikan penempatan golongan tersebut lebih sistematik dan tidak berselerak seperti yang berlaku sekarang sekali gus mampu menjadi tarikan pelabur dan membina jaringan hubungan dengan pemain-pemain industri terutama dalam sektor pembuatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lebih penting ia tidak mendatangkan kemudaratan dan memberi impak negatif kepada masyarakat sekitar dan pihaknya tidak akan mengenakan sebarang syarat bagi penempatan pekerja asing yang ditempatkan di kawasan dikhaskan.

Katanya, kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah membina empat bangunan asrama yang boleh menempatkan seramai 5,224 pekerja asing dalam satu-satu masa termasuk di ketiga-tiga daerah.

Iklan

"Bagi memudahkan penyelarasan serta aktiviti warga asing, kerajaan negeri menggalakkan syarikat industri untuk menempatkan pekerja asing di penempatan yang telah disediakan supaya penempatan mereka diasingkan dari penempatan awam.

"Sekiranya penempatan tidak terkawal dan berlakunya kegiatan jenayah yang mengancam keselamatan penduduk, kita akan laksanakan langkah pencegahan lain termasuk mekanisme mengadakan rundingan bersama pengusaha agar perkara ini tidak akan berlaku," katanya.

Iklan

Mohd Rafiq berkata demikian ketika sidang media selepas penangguhan sesi pertama di Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN ke-14 di Ayer Keroh.

Tambahnya, kerajaan negeri turut menggalakan syarikat berkenaan mahupun pelabur mengambil inisiatif sendiri dengan membina penempatan pekerja asing bagi pihak mereka supaya ianya dapat diasingkan daripada masyarakat setempat.

"Setakat ini, dua buah kilang terkemuka telah membina penempatan pekerja asing mereka sendiri.

"Mereka yang berminat boleh mengusulkannya dan kerajaan negeri sedia mmeberi kerjasama dari segi bantuan melalui pelbagai aspek termasuk penyewaan tanah," katanya.