Imej sisa letupan bintang dihantar ke bumi

Iklan
Sisa-sisa letupan bintang yang meletup pada abad ke-17 dihantar oleh IXPE ke bumi. - Foto NASA.

WASHINGTON - Peralatan Pengimejan X-Ray Penjelajah Polarimetri (IXPE) yang dikenali sebagai balai cerap angkasa lepas telah menghantar imej pertamanya kembali ke bumi baru-baru ini.

Imej itu menunjukkan sisa-sisa bintang yang meletup pada abad ke-17.

Iklan
Iklan

Peralatan itu dilancarkan pada 9 Disember 2021 dari Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan roket SpaceX Falcon 9 ke orbit bumi.

Pada bulan lalu, ia bersiap untuk memerhatikan sisa supernova (SNR) dalam buruj Cassiopeia dikenali sebagai Cassiopeia A.

Iklan

Ini adalah sisa-sisa bintang gergasi yang terletak sejauh 11,000 tahun cahaya.

Sisa-sisa itu pertama kali dilihat pada abad ke-17 dengan gas berada pada sekeliling tempat letupan tersebut selain zarah sinar kosmik yang pantas menghasilkan cahaya terang dalam cahaya sinar-X.

Iklan

IXPE dicipta menerusi kerjasama antara NASA dan Agensi Angkasa Itali.

Ia dilengkapi dengan tiga teleskop yang direka untuk mengukur polarisasi sinar-X kosmik lubang hitam, bintang neutron, sisa supernova dan pulsar. - Agensi