AFC minta kelab ACL patuhi gelembung sukan

Iklan
Windsor John

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) yakin gelembung sukan yang diguna pakai sebelum ini mampu mengekang penularan pandemik Covid-19, sekali gus ‘menyelamatkan’ aksi kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata, semua pasukan yang bertanding memahami dan mematuhi peraturan asas berkaitan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya AFC yakin dengan adanya gelembung sukan situasi pertandingan akan berjalan lancar dan terkawal walaupun di beberapa negara masih berdepan isu pandemik Covid-19 ketika ini.

"Begitu pun, AFC sudah mempunyai peraturan khas berkaitan Covid-19 sekiranya terdapat pasukan yang melanggar gelembung sukan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Iklan

"Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan perlu lebih bertanggungjawab menjaga kesihatan masing-masing kerana ia bukan di bawah tanggungjawab tuan rumah.

"Jadi nasihat saya kepada pemain, jurulatih dan pegawai pasukan, silalah patuhi peraturan, manakala kepada tuan rumah pula, laksanakan semua SOP ditetapkan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu, AFC mengesahkan perlawanan peringkat kumpulan ACL 2022 untuk kelab-kelab di Zon Timur akan diadakan di Thailand, Vietnam dan Malaysia bermula dari 15 April hingga 1 Mei depan.

Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi tuan rumah saingan Kumpulan I, Thailand pula hos tiga kumpulan iaitu F, G dan J, manakala Kumpulan H akan bertempat di Vietnam.JDT akan berdepan juara Liga J1, Kawasaki Frontale, juara Liga Super China lapan kali, Guangzhou FC serta pemenang perlawanan playoff antara Ulsan Hyundai dan Port FC di Stadium Sultan Ibrahim.