Kingsley Coman selamatkan maruah Bayern Munich

Iklan
Kingsley Coman

BINTANG tengah Bayern Munich, Kingsley Coman menyelamatkan maruah gergasi Bundesliga itu apabila menjaringkan gol pada minit ke-90 untuk keputusan seri 1-1 menentang RB Salzburg pada perlawanan pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Perlawanan di Red Bull Arena Salzburg menyaksikan tuan rumah terlebih dulu mendahului pada minit ke-21 hasil jaringan Chukwubuike Adamu selepas menggantikan penyerang utama Noah Okafor yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Coman, yang diingati ketika menjaringkan gol kemenangan Bayern pada perlawanan akhir edisi 2020, memastikan juara enam kali kejuaraan berprestij kelab bola sepak Eropah tersebut kekal dalam saingan apabila meledak jaringan penyamaan di minit ke-90.

Untuk rekod, Bayern Munich tampil ke fasa 16 terbaik dengan reputasi pilihan selepas mengekalkan penampilan tanpa kalah dalam enam perlawanan peringkat kumpulan, sebelum ini dibelasah 4-2 kelab setempat Bochum dalam saingan Bundesliga.

Iklan

Sementara itu, Salzburg yang tampil penuh berdisiplin di fasa kalah mati buat kali pertama dalam sejarah kelab tersebut di bawah kendalian Matthias Jaissle di musim sulungnya sebagai pengendali berjaya menyaingi percaturan taktikal Julian Nagelsmann.

Iklan