MP Wangsa Maju salur RM30, 000 naik taraf surau

Iklan
Yee Kew (lima dari kiri) ketika turun padang meninjau keadaan Surau Nur Al Ihsan pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menyalurkan peruntukan sebanyak RM30, 000 bagi kerja naik taraf Surau Nur Al Ihsan di Seksyen 2 di sini.

Yee Kew berkata, pihaknya berkesempatan turun padang dan beramah mesra bersama ahli jawatankuasa surau tersebut pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, surau tersebut digunakan untuk solat Jumaat yang memuatkan sehingga 150 jemaah pada satu-satu masa.

"Bagi pihak Parlimen Wangsa Maju, saya akan menyumbangkan bantuan berjumlah RM30, 000 bagi dana pembinaan kubah untuk menaik taraf Surau Nur Al Ihsan.

Iklan

"Saya berharap penduduk setempat yang beragama Islam dapat mengimarahkan surau ini," kongsinya di Facebook pada Khamis.

Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau keadaan surau berkenaan dan tertarik dengan seni ukiran serta seni bina surau ini yang dianggap cantik dan kemas.

Iklan