Mesyuarat PSC-SC mengenai saham Azam Baki ditangguhkan

Iklan
Azam Baki

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Kewangan dan Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC), pada Khamis bagi mendapatkan perincian mendalam berkenaan isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangguhkan.

Ahli Jawatankuasanya, Wong Chen ketika dihubungi berharap mesyuarat berkenaan dapat diadakan sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 28 Februari nanti.

Iklan
Iklan

"Ini kali pertama mesyuarat ditangguhkan. Tidak ada masalah tetapi berharap ia dapat diadakan pada minggu depan,” katanya pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, penetapan tarikh bagi mesyuarat PSC mengenai Kewangan dan Ekonomi dibuat menerusi perbincangan kedua-dua pihak.

Iklan

"Saya rasa tidak ada isu, (kita) boleh bersabar,” katanya.

Pada 19 Januari lalu media melaporkan Pengerusi PSC bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Abdul Rahman menjelaskan penangguhan memanggil Azam disebabkan wujud isu berbangkit disifatkan agak rumit.

Iklan

Menurut Abdul Latiff, pihaknya merujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen berikutan terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu.

Tambahnya lagi, kerumitan isu itu menyebabkan Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen memerlukan masa dan tidak dapat memberikan jawapan segera.