Peranti Penyisih Penyu

Iklan
Penggunaan Peranti Penyisih Penyu (Turtle Excluder Device) pada pukat tunda sepanjang musim tengkujuh (November hingga Mac) dapat menyelamatkan penyu daripada terperangkap semasa ditemui di FRI Kuala Abang di sini.

Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Sharum Yusof berkata kaedah ini dapat menyelamatkan penyu daripada terperangkap di dalam keroncong pukat sehingga menyebabkan kematian kerana penyu yang memasuki pukat tunda dapat keluar melalui injap yang terdapat pada peranti ini, jadi penyu tidak akan terperangkap dan lemas.

Berdasarkan kajian oleh FRI sebanyak 45 peratus kematian penyu yang direkodkan setakat ini adalah kerana tersangkut pada pukat pari atau dikenali sebagai pukat malas, manakala 38 peratus melibatkan pukat tunda.

Haiwan tersebut akan lemas apabila tersangkut pada pukat malas yang diletakkan di dasar laut dalam tempoh lebih dua jam kerana haiwan itu gagal timbul pada permukaan air untuk bernafas.

Insiden terperangkap pada pukat malas kerap berlaku sehingga menyebabkan kematian dan lebih menyedihkan ada nelayan yang sanggup bunuh penyu yang teperangkap sebab tak mahu rosakkan pukat mereka ketika nak keluarkannya dari pukat.

Selain itu penyu juga lebih mudah terperangkap jika pukat yang digunakan nelayan melebihi saiz yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu saiz mata pukat tidak boleh melebihi 25 sentimeter (10 inci). - Foto Bernama.