Suspek tembakan trem di Belanda sasar kakak ipar

Iklan
Gokmen Tanis telah diberkas polis.

AMSTERDAM - BELANDA. Portal GeenStijl yang memetik sumber berkata, suspek insiden tembakan trem di Utrecht berniat membunuh kakak iparnya.

Kenyataan sumber selari dengan laporan di Turki menyebut beberapa ahli keluarga Gokmen menyatakan bahawa suspek melepaskan tembakan ke arah seorang ahli keluarga atas sebab pertikaian domestik.

Iklan
Iklan

Menurut portal tersebut, jika pertikaian isu keluarga diambil kira, maka insiden semalam tidak boleh dikaitkan dengan terorisme.

Namun begitu, polis masih menyiasat segala kemungkinan dan latar belakang suspek, Gokmen Tanis yang dilahirkan di Turki.

Iklan

Pada 2013, Gokmen disyaki cuba menyebabkan kematian dengan memulakan kebakaran terhadap sebuah pangsapuri dan beberapa tahun lalu, dia didakwa melakukan rompakan, mencuri, memandu dalam keadaan mabuk serta meludah polis di muka.

Gokmen sepatutnya hadir ke mahkamah pada 4 Mac lalu atas satu kes rogol.

Iklan

Sementara itu, saksi kejadian Daan Molenaar memberitahu akhbar berbahasa Inggeris NLTimes bahawa dia berada di dalam trem semasa kejadian itu berlaku.

Dia melihat seorang wanita terbaring di atas jalan seperti baru dilanggar.

"Beberapa orang cuba membantu mangsa, tetapi mereka bertempiaran lari sejurus mendengar bunyi tembakan.

"Kemudian penyerang melepaskan beberapa das tembakan ke arah orang ramai yang cuba masuk campur," katanya. - Agensi