Tiga pemancing terperangkap bawah Jambatan Pulau Pinang

Iklan
Tiga pemancing yang diselamatkan dibawa ke Pangkalan Polis Marin di Batu Uban selepas lebih dua jam terperangkap di bawah Jambatan Pulau Pinang.

GEORGETOWN - Tiga orang pemancing termasuk seorang wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap di bawah Jambatan Pulau Pinang awal pagi Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada salah seorang mangsa kira-kira jam 2 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hujan lebat dengan keadaan air pasang besar serta laut bergelora menyebabkan mereka terperangkap di bawah jambatan berkenaan.

"Bimbang dengan keadaan itu, mereka menghubungi pengusaha bot sewa untuk mengambil dan membawa mereka pulang segera.

Iklan

"Namun disebabkan keadaan cuaca buruk dan berbahaya, bot berkenaan tidak dapat berbuat demikian sebelum mereka menghubungi Maritim Malaysia bagi mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Abd Razak berkata, sebaik menerima laporan kejadian sepasukan anggota dengan menaiki Bot Maritim Malaysia Kilat 26 digerakkan ke lokasi sebelum kesemuanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.45 pagi.

Iklan

Menurutnya, kesemua mangsa berusia 23 hingga 58 tahun yang berasal dari Permatang Pauh dibawa ke Pangkalan Polis Marin di Batu Uban.