Power Root lancar minuman Per'l Yuzu

Iklan
Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Dato' Setia Putra Alhaj (kiri) dan Duta Jenama Per'l Yuzu, Jang Han Byul ketika Majlis Pelancaran Per'l Yuzu di Bo Dining, The Linc KL pada Khamis. -Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.

SYARIKAT pengeluar minuman bertenaga, Power Root Berhad melancarkan minuman keluaran terbaharunya iaitu Per'l Yuzu yang menggabungkan elemen pemakanan terbaik dari Korea iaitu buah Yuzu dan herba tradisional Melayu, kacip fatimah.

Pengerusi Bersama Power Root, Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj berkata, keluaran terbaharu itu menjanjikan kelebihan tersendiri berbanding keluaran minuman berasaskan kacip fatimah sebelum ini, apabila menggandingkan khasiat raja segala buah di Korea dan ratu segala herba Melayu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia sekaligus menyaksikan perkembangan jenama Per'l yang terkenal dengan minuman berunsurkan kacip fatimah di pasaran.

"Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengetahui kehebatan kacip Fatimah dan kolagen dalam mengekalkan kecantikan dan kesihatan wanita tetapi ramai yang masih belum mengenali rahsia kebaikan buah Yuzu.

Iklan

"Jika kacip Fatimah ialah ratu segala herba tradisional di Malaysia, buah Yuzu boleh dianggap sebagai raja segala buah di Korea.

"Sebenarnya, buah Yuzu mempunyai khasiat vitamin C yang tiga kali ganda lebih daripada buah lemon dan 10 kali ganda lebih banyak kalsium daripada buah epal.

Iklan

"Walaupun buah Yuzu juga ditanam di negara China dan Jepun, buah Yuzu yang paling berkualiti datang dari Korea,"katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Per'l Yuzu di sini pada Khamis.

Sempena pelancaran Per'l Yuzu, syarikat Power Root telah melantik penyanyi dan pelakon terkenal Jang Han Byul sebagai duta jenama Per'I Yuzu bagi mempromosikan minuman terbaharu tersebut.

Mengulas lanjut, Setia Putra Alhaj yakin Per'l Yuzu yang kini sudah berada di pasaran dapat menarik perhatian segenap lapisan masyarakat kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira lelaki mahupun wanita.

"Khasiat daripada minuman Per'l Yuzu ini bukan hanya memberikan tenaga, tetapi juga menjadikan wajah lebih berseri,"katanya.

Sementara itu, Han Byul turut mengakui khasiat jus buah Yuzu yang menjadi amalan pemakanannya sejak terlibat dalam industri hiburan 10 tahun lalu.

"Di Korea, jus buah Yuzu adalah minuman yang premium dan jarang didapati di kedai-kedai biasa tetapi dijual di kafe-kafe. Harganya juga agak mahal.

"Saya amat kagum kerana rasa minuman Per'l Yuzu begitu segar. Sama seperti buah Yuzu yang baru diperah. Saya bangga kerana dilantik menjadi duta minuman yang bagus seperti ini,"katanya.