PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Helpdesk MySejahtera secara fizikal akan ditubuhkan di beberapa lokasi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi orang ramai berkenaan sijil vaksinasi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan ia dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu ini dan disusuli di PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor pada 26 Februari.