Di mana ibu kandung Qistina

Iklan
Qistina kini berusia 6 tahun ditinggalkan ibu kandung sejak berusia 2 minggu

KUALA LUMPUR - Waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang ditinggalkan ibu kandung dalam jagaan keluarga angkat dicari bagi proses pendaftaran anak angkat.

Penjaga kanak-kanak itu, Rohani Harun, 53, berkata, Qistina Balqis itu ditinggalkan sejak berusia dua minggu oleh ibu kandung dikenali dengan nama Lia Febriani.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika diserahkan, wanita berkenaan berjanji akan mengambil kembali anaknya namun menghilang tanpa dapat dihubungi.

"Qistina lahir pada 16 April 2013. Proses pendaftaran ini penting kerana tahun depan Qistina perlu didaftarkan untuk masuk ke sekolah.

Iklan

"Bagaimana nak daftar sekolah jika tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi penjaga Qistina diraikan 0193952889 atau 0126389272.

Iklan