MCCF sokong usaha kerajaan beri 'kad warga asing' di Sabah

Iklan
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Halim)

SHAH ALAM - Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) menyokong usaha kerajaan menyelesaikan isu warga asing di Sabah dengan inisiatif pemberian kad identiti kepada golongan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Halim Ishak berkata, MCCF bersetuju dengan perancangan kerajaan untuk mengeluarkan satu kad identiti khas buat warga asing yang berada di Negeri Bawah Bayu tersebut.

Iklan
Iklan

Katanya, pemberian kad khas tersebut dilihat sangat penting bagi pihak berkuasa negara dalam menangani pelbagai isu melibatkan golongan tersebut termasuk aspek keselamatan yang turut melibatkan hak penduduk tempatan.

"Kami di MCCF menyatakan sokongan di atas usaha kerajaan dalam mengeluarkan satu kad identiti warga asing di Sabah bagi menangani pelbagai isu keselamatan.

Iklan

"Apatah lagi ketika mana negara masih di landa pandemik Covid-19, isu keselamatan dan kesejahteraan umum tidak boleh dipandang ringan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mengulas lanjut, Halim berkata, pihaknya telah menjalankan program penyelidikan berhubung isu warga asing dan mendapati usaha kerajaan mengeluarkan kad khas itu adalah satu tindakan tepat.

Iklan

Bagaimanapun menurutnya, MCCF menyarankan kepada kerajaan agar satu mekanisma pemberian identiti sementara itu kepada semua warga asing di negara ini perlu diperhalusi demi keselamatan rakyat dan negara ini.

Beliau berkata, pemberian kad warga asing itu mestilah melalui proses pelaksanaan dan mekanisma yang melibatkan penggunaan teknologi terkini IR 4.0 dan 'artificial intellegent' (AI).

Tegasnya, penggunaan dua perkara tersebut dilihat berupaya memastikan aspek keselamatan negara terpelihara, selain menjamin keselamatan sistem daripada diceroboh dan dimanipulasikan oleh pengodam cyber atau hackers.

Tambahnya, pihaknya bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin gar kad warga asing ini bukanlah merupakan satu pengiktirafan atas status warganegara atau penduduk.

Tetapi jelasnya, ia mestilah lebih menjurus kepada membantu kerajaan dalam mengenal pasti identiti setiap pendatang asing yang tinggal di Sabah khususnya dan di Malaysia secara amnya.