Tempahan baju raya tidak semeriah dahulu

Iklan
Intan Diana (kiri) mahu semua tukang jahit tidak berputus asa.

SEREMBAN - Kebiasaannya beberapa bulan menjelang Ramadan, tukang jahit sudah sibuk mengambil tempahan baju raya namun berbeza tahun ini yang mana rata-ratanya menyifatkan tempahan tidak lagi meriah seperti dahulu.

Tukang jahit, Sabariah Daud, 37 berkata, lazimnya ketika ini tidak menang tangan menerima tempahan untuk perayaan, tetapi kali ini jumlah pelanggan yang ingin menempah baju raya kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini saya menerima tempahan lebih 50 pasang, dan kini hanya 40 pasang namun separuh daripadanya telah membatalkan tempahan.

Sabariah berharap pendemik segera berakhir.

"Kemungkinan 'mood' raya kebanyakan orang tidak lagi ada kerana beranggapan akan ada lagi sekatan untuk berhari raya disebabkan peningkatan jumlah kes Covid-19. Saya berharap pendemik ini segera berakhir kerana pendapatan saya bergantung sepenuhnya dengan mengambil upah jahitan," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Pengusaha jahitan dan tenaga pengajar, Intan Diana Abdullah, 39 berkata, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima sebanyak 150 pasang tempahan dan slot tempahan tahun ini masih mengekalkan jumlah yang sama.

Intan Diana

"Setakat ini belum semua yang 'booking slot' itu hantar kain, ada juga yang hantar empat pasang tetapi pelanggan minta buat dua pasang dahulu sebab takut PKP semula.

Iklan

"Bagaimanapun, saya berharap semua tukang jahit jangan putus asa dalam musim pendemik ini, kita perlu sentiasa kreatif untuk menaikan perniagaan contohnya menggunakan fabrik yang menarik dan kongsinya di media sosial Insya-ALLAH mendatangkan hasil yang sangat memberansangkan sekali gus bantu tampung kehidupan harian," katanya.

Sementara itu, berbeza dengan sepasang suami isteri yang juga tukang jahit, Nazril Hisham Nazri, 40 dan Nor Azura Mustafa, 36 yang terpaksa menghadkan tempahan jahitan berikutan perlu mengambil perhatian terhadap warung makanan yang diusahakan di Kampung Pelangai Hilir, Kuala Pilah sejak tahun lalu.

Nor Azura dan Nazri terpaksa memghadkan tempahan,beri perhatian pada perniagaan makanan.

Nor Azura berkata, setakat ini masih menerima tempahan namun hanya mengambil 70 pasang tempahan baju berbanding tahun lalu sebanyak 200 pasang.

Dalam pada itu,jelas Nazri Hisham, sebelum ini mengambil upah jahitan dan membuat kraftangan pisau serta parang merupakan pekerjaan utamanya, namun mengambil keputusan mengusahakan sepenuh masa warung makanannya disini.

"Kepuasan berniaga ini dapat diterjemahkan apabila kebanyakan pelanggan meluahkan rasa puas hati dengan menu yang disediakan terutamanya popia kuah eh sotong.

"Ia pernah popular sekitar tahun 1990-an sekali gus mengimbau kenangan penduduk Kuala Pilah suatu ketika dahulu yang pernah menikmatinya di perhentian Bas Kuala Pilah oleh pengasasnya Allahyarham Encik Ann," katanya.