Dua juruterbang maut jet Sukhoi terhempas di Armenia

Iklan
Leftenan Kolonel Armen Babayan dan Mejar Movses Manukyan dilaporkan terbunuh. - Foto news.am
YEREVAN - ARMENIA. Dua juruterbang maut selepas sebuah jet pejuang Sukhoi dilaporkan terhempas di Armenia hari ini, menurut Kementerian Pertahanan negara bekas republik Soviet itu.

Menurut jurucakap kementerian terbabit, Atrsrun Hovhannisyan menerusi siaran Facebook, serpihan jet jenis Sukhoi SU-25 dijumpai di pergunungan berhampiran bandar Maralik di barat wilayah Shirak, Armenia.

"Dua juruterbang iaitu Leftenan Kolonel Armen Babayan dan Mejar Movses Manukyan dilaporkan terbunuh dalam insiden itu,” katanya.

Laporan awal kementerian terbabit berkata pesawat berkenaan hilang dari radar pagi tadi, selepas berlepas untuk menjalani latihan harian. - AFP