Dua maut MPV terbabas

Iklan
Pasukan bomba membantu mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

ALOR GAJAH - Dua maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di Kilometer 194.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi, mangsa yang maut ialah pemandu MPV, Go Kuan Woei dan penumpang, Yee Kam Pou masing-masing berusia 46 tahun beralamat di Layang-Layang Johor.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, setiba di lokasi kejadian kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar papan tanda di bahu jalan.

"Ketika kejadian mereka dipercayai dalam perjalanan dari arah selatan menghala ke utara.

Iklan

"Kedua-dua mangsa mengalami parah akibat tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Jelas beliau mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas di di Kilometer 194.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pada Jumaat.

Iklan

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Jasin Bestari dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

"Kita mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan terbabas dan terbalik selain terdapat dua mangsa tersepit.

"Anggota bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua mayat itu menggunakan peralatan khas sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.