JOHOR BAHRU - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat diumum antara 16 calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Suhaizan merupakan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang yang sebelum ini disandang Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhammad Taqiuddin Cheman.
Selain itu, tiga pemimpin utama Amanah iaitu Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad pula mengekalkan kerusi masing-masing iaitu Simpang Jeram, Parit Yaani dan Kota Iskandar.
Lapan calon muka baharu turut ditampilkan Amanah membabitkan kerusi Bukit Pasir yang akan ditandingi Elia Nadira Sabudin, Seropm (Asim Abdullah Ainullotfi), Penawar (Norazila Sanip), Panti (Mat Khairi Samsudin), Senggarang (Abd Hamid Jamah), Kahang (Rohani Banu Abdul Rahman Krishnan), Sedili (Mat Khairi Samsudin) dan Endau (Mohd Fakrulradzi Mahmud).
Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, kesemua calon Amanah melalui proses tapisan ketat yang ditetapkan bagi memastikan mereka yang berintegriti sahaja dipilih.
"Kita juga mengemukakan empat calon wanita dan tiga pemuda selain kombinasi pelbagai peringkat umur yang mempunyai kekuatan masing-masing dalam menambat pengundi.
"Saya yakin selepas diumumkan, seluruh jentera dan penyokong akan bekerja keras untuk menangkan calon kita," katanya
Berikut senarai 16 calon Amanah untuk PRN Johor:
N04 Kemelah - Dr Sulaiman Mohd Noh
N08 Bukit Pasir - Elia Nadira Sabudin
N11 Serom - Asim Abdullah Ainullotfi
N15 Maharani - Nor Hayati Bachok (Ketua Wanita Amanah Johor)
N24 Senggarang - Abd Hamid Jamah
N29 Mahkota - Muhammad Taqiuddin Cheman (Ketua Pemuda Amanah)
N31 Kahang - Rohani Banu Abd Rahman Krishnan
N32 Endau - Mohammad Fakrulradzi Mahmud
N34 Panti - Ahmad Dani Shahrudin
N36 Sedili - Mat Khairi Samsudin
N38 Penawar - Norazila Sanip
N43 Permas - Syed Othman Syed Abdullah
N49 Kota Iskandar - Dzulkefly Ahmad (Timbalan Pengerusi Amanah Johor)
N54 Pulai Sebatang - Suhaizan Kaiat (Speaker DUN Johor)
N13 Simpang Jeram - DatuK Seri Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden Amanah)
N21 Parit Yaani - Aminolhuda Hassan (Pengerusi Amanah Johor)