RM147 hanya dalam masa dua jam. Itu hasil yang diperoleh oleh penulis ketika menyamar sebagai pengemis di kawasan tumpuan pelancong Bukit Bintang di sini pada Sabtu lepas. Bermodalkan RM9 bagi pembelian tisu, penulis sama sekali tidak menyangka mampu meraih"pendapatan” lumayan dalam masa yang singkat - 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari. Bayangkan hasil yang dikaut jika kegiatan itu dilakukan selama 12 jam, mungkin mencecah RM700 dan sebulan RM15,000. Memang jauh lebih lumayan jika dibandingkan dengan gaji pekerja kolar biru yang bertungkus-lumus di kilang, restoran makanan segera dan lain-lain. Malah, mereka yang bekerja di pejabat juga tidak mampu meraih pendapatan sebesar itu termasuklah penulis. - Foto Bernama.
Keuntungan Pengemis Kota
Iklan