Terengganu beri pinjaman tanpa faedah kepada peniaga bazar Ramadan

Iklan
Peniaga bazar Ramadan yang kekurangan modal boleh memohon pinjaman tanpa faedah ditawarkan YPU melalui SPBAR. (Gambar kecil: Mohd Nurkhuzaini)

KUALA TERENGGANU – Peniaga bazar Ramadan yang kekurangan modal boleh memohon pinjaman tanpa faedah ditawarkan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) melalui Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan (SPBAR).

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, skim tersebut hanya dibuka untuk ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu (PPPKMT).

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak RM250,000 diperuntukkan kerajaan negeri kepada SPBAR dan permohonan yang akan dibuka bermula bulan depan itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 700 ahli PPPKMT di semua daerah.

"Pinjaman bagi setiap pemohon adalah sekitar RM1,000 hingga RM3,000 seorang dan mereka tidak perlu menyediakan penjamin kerana PPPKMT sudah bertindak sebagai penjamin.

Iklan

"Skim pinjaman jangka pendek ini secara tidak langsung dapat membantu peniaga kecil meningkatkan modal dan memenuhi keperluan mereka sepanjang berniaga di bulan Ramadan nanti,” katanya di sini pada Jumaat.

Mohd Nurkhuzaini berkata, berdasarkan rekod sebelum ini semua peniaga menunjukkan prestasi baik dengan mampu membayar balik pinjaman mengikut syarat dan tempoh ditetapkan YPU.

Iklan

Katanya, kerajaan negeri telah memulakan SPBAR pada tahun 2019 dengan peruntukkan sebanyak RM160,500 bagi membantu peniaga kecil mendapatkan modal tambahan.

"Peniaga yang berminat memohon pinjaman tanpa faedah ini boleh hubungi PPPKMT dan kita jangka permohonan akan dibuka pada bulan depan.

"Ada beberapa persatuan peniaga lain yang berminat untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah ini kepada ahli mereka namun kita akan menilai terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.