KEPONG - Seorang wanita terpaksa menahan sakit hampir 30 minit selepas pergelangan tangan kanannya tersepit pada mesin doh di sebuah kilang di Jinjang di sini, pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.44 petang sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang ke lokasi kejadian.