Operasi bersih bahan kimia Taman Rinting dibuat drastik

Iklan
Foto: Raja Jaafar Raja Ali

PASIR GUDANG - Operasi pembersihan sisa buangan dipercayai bahan kimia di Taman Rinting, di sini dimulakan secara drastik dan melibatkan pelbagai pihak.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan hari ini, mendapati kawasan tersebut telah ditutup dalam lingkungan 200 meter yang mana turut dikawal petugas keselamatan dan kontraktor pembersihan dilantik.

Iklan
Iklan

Turut kelihatan beberapa jentera berat seperti jengkaut yang digunakan untuk mengorek dasar sungai dipercayai untuk mendapatkan sampel bahan tercemar yang telah dibuang.

Di bahagian lain, didapati petugas lokasi berkenaan telah menemui sebahagian daripada bahm tersebut sebelum dimasukkan semula ke dalam tong biru untuk diuruskan pihak bertanggungjawab.

Iklan

Difahamkan, kawasan menjadi lokasi pembuangan ini adalah paya bakau Sungai Masai yang mana mempunyai jajaran terus ke Selat Tebrau.

AKAN MENYUSUL

Iklan