Zii Jia bangkit sumbang mata pertama negara

Iklan
Pemain perseorangan Lelaki, Lee Zii Jia ketika beraksi menentang pasukan Jepun, Hatano Riku pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini. - Foto Bernama

JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menumpaskan pemain perseorangan Jepun, Riku Hatano 15-21, 21-6, 21-15 pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.

Kemenangan berkenaan sekali gus menyaksikan Zii Jia menyumbang mata pertama negara pada pertemuan terakhir bagi saingan Kumpulan B itu.

Iklan
Iklan

Pada set pertama, Zii Jia dilihat bermula dengan agak goyah apabila melakukan beberapa kesilapan hingga menyaksikan Hatano menang 21-15.

Bagaimanapun, Zii Jia dilihat mula mendapat rentak pada set kedua apabila mempamerkan aksi mengagumkan bagi mencatatkan kemenangan 21-6 dan mengheret perlawanan ke set penentuan.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pemain dilihat mempamerkan aksi terbaik pada set penentuan namun Zii Jia dilihat menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya untuk menang 21-15.