Petani berjaya hasil strawberi gergasi

Iklan
Buah strawberi seberat 289 gram diisytiharkan antara yang terbesar di dunia. - Foto Agensi

TERJEMAHAN SINAR HARIAN

BAITULMAQDIS - Seorang petani di Israel berjaya menempatkan nama dalam Guinness World Records selepas tanaman pokok strawberi menghasilkan sebuah lebih besar daripada biasa.

Sky News melaporkan, buah strawberi seberat 289 gram (g) diisytiharkan antara yang terbesar di dunia ditanam Chani Ariel di sebuah ladang terletak di Netanya pada Februari 2021.

Iklan
Iklan

"Kami terpaksa menunggu sehingga setahun bagi mengutip hasilnya selain menyimpannya di dalam peti sejuk selama setahun dan sebab itu buah ini tidak lagi segar," kata Ariel.

Difahamkan buah strawberi daripada varieti Ilan dikatakan mampu membesar berbanding buah strawberi biasa dan Ariel menambah rekod pembesaran buah ini telah menyusut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Iklan

Rekod sebelum ini adalah buah strawberi yang ditanam pada tahun 2015 di Fukuoka, Jepun di mana ia dicatatkan mempunyai saiz seberat 250g.

Ariel menambah, dia sangat gembira ketika diberitahu strawberi ditanam keluarganya dimasukkan dalam Guinness World Records.

Iklan

"Kami sekeluarga sangat gembira selepas dinobatkan memiliki buah strawberi terbesar di dunia," - Agensi.