Polis Kanada tahan pemimpin 'Freedom Convoy'

Iklan
Seorang penunjuk perasaan sedang melaungkan slogan membantah vaksin mandatori di Belgium dengan meniru protes Freedom Convoy di Kanada. - AFP

OTTAWA - Polis Kanada menahan pemimpin yang mengetuai pemandu trak melancarkan tunjuk perasaan di jalan raya selama tiga minggu bagi membantah syarat mewajibkan suntikan vaksin Covid-19.

Sebuah video disiarkan dalam Twitter menunjukkan salah seorang ketua penganjur Freedom Convoy iaitu Tamara Lich ditahan polis pada malam Khamis.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, polis menahan pemimpin lain iaitu Chris Barber yang video penangkapannya disiarkan dalam platform media sosial sama.

Konvoi itu bermula apabila pemandu lori membantah vaksin mandatori sebagai syarat untuk merentas sempadan Amerika Syarikat (AS).

Iklan

Pada kemuncaknya, pergerakan konvoi turut menyekat puluhan lintasan antara sempadan Kanada dan AS termasuk laluan penting di Windsor, Ontario, Detroit dan Michigan.

Namun, pada awal pagi Khamis, Lich memuat naik video yang menyatakan dia telah ditahan - AFP

Iklan