Filipina, Singapura menanti Harimau Malaya

Iklan
Kim Pan Gon (tengah) bersama barisan para jurulatih pada sidang media memperkenalkan jurulatih Baharu Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM Kelana Jaya pada Khamis. - Foto Bernama

PERLAWANAN persahabatan menentang Filipina adalah ujian pertama buat pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihan baharu skuad negara.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan selain berdepan Filipina pada 23 Mac di Singapura, skuad kebangsaan akan turun menentang pasukan Singapura pada 26 Mac.

Iklan
Iklan

Menurut FAM, kedua-dua perlawanan persahabatan itu adalah sebagai persediaan menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.

Jurulatih berusia 53 tahun itu pada sidang media pada Khamis berkata, Malaysia berada dalam kedudukan selesa untuk layak ke pusingan akhir selepas dipilih sebagai satu daripada enam tuan rumah saingan pusingan kelayakan tersebut.

Iklan

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam kenyataan sebelum ini mengumumkan selain Malaysia, lima lagi negara turut terpilih iaitu India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Uzbekistan sebagai tuan rumah bagi merebut 11 tempat dalam pusingan akhir dijadual berlangsung di 10 bandar raya di China.

Pada pusingan kelayakan, 24 negara akan berentap untuk merebut 11 tempat dalam perlawanan ditetapkan pada 8, 11 dan 14 Jun dengan pemenang enam kumpulan dan lima naib juara terbaik akan mara.

Iklan

Undian akan berlangsung pada 24 Februari secara maya di AFC House Bukit Jalil, yang mana pasukan akan dibahagikan dalam lima balang berasingan dan dibahagikan mengikut ranking terkini Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). - Bernama