THT juara Piala Sumbangsih

Iklan
Pemain THT menjulang Piala Sumbangsih selepas menewaskan TNB pada perlawanan Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia 2022 di Stadium Hoki Bukit Jalil malam ini. Foto Bernama

PASUKAN Hoki Terengganu (THT) melaungkan amaran awal bahawa kelab itu wajar digeruni pada saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 apabila menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih.

Skuad kendalian Roslan Jamaluddin yang tampil dengan status pilihan apabila menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2 pada aksi Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Peledak The Speedy Tigers, Faizal Saari terlebih dulu membuka akaun gol kelab dari pantai timur itu musim ini menerusi pukulan sudut penalti seawal minit ketujuh.

Penggempur berbisa itu sekali lagi merobek gawang TNB kali ini menerusi penalti stroke pada minit ke-35.

Iklan

THT terus selesa apabila giliran Arif Syafie pula mencipta nama selepas menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-40 untuk gol ketiga pasukannya.

TNB yang tidak berputus asas kembali bangkit menyaingi THT menerusi dua gol daripada Muhammad Najib Abu Hassan pada minit ke-45 diikuti jaringan Faiz Helmi pada minit ke-52,

Iklan

Kemenangan itu juga membolehkan THT mengutip tiga mata sekali gus memulakan kempen pemburuan kejuaraan utama saingan teratas hoki negara dengan momentum positif.