Tingkap feri pecah akibat rempuhan air sungai

Iklan
Air sungai yang bergelora memasuki dan memecahkan tingkap sebuah feri akibat angin kencang di perairan Jerman baru-baru ini. - Foto Twitter

BERLIN - Satu rakaman video menunjukkan detik-detik air sungai memasuki dan memecahkan tingkap sebuah feri di perairan Jerman akibat ribut Ylenia yang selaju lebih 151 kilometer (km) sejam baru-baru ini.

Rakaman yang diambil dari dalam sebuah feri oleh seorang penumpang itu disiarkan di laman sosial Twitter dan menunjukkan rempuhan itu berlaku ketika ia bergerak dari Sungai Elba antara Hamburg dan Finkenwerder.

Iklan
Iklan

Penumpang-penumpang yang ketakutan kelihatan duduk di dalam feri tersebut semasa air sungai yang sedang bergelora itu merempuh tingkap kaca itu.

Ia berlaku apabila beberapa orang terbunuh ketika ribut teruk melanda Eropah pada Khamis dengan angin sekuat lebih 180 km sejam sehingga menyebabkan gangguan perjalanan.

Iklan

Dalam rakaman itu, haluan feri itu dilihat terjunam ke dalam sungai menyebabkan air naik ke dalam feri dan memecahkan tingkap tersebut.

Selepas terkejut seketika, penumpang lain ditunjukkan mengambil barang-barang mereka dan melarikan diri ke arah belakang feri dalam usaha untuk mengelakkan air yang sudah memasuki ruang penumpang.

Iklan

Namun, feri itu tiba ke destinasinya dengan selamat. - Agensi