Nasi campur RM4 air percuma, niat berniaga sambil bersedekah

Iklan
Junaidah (kanan) berniat mahu membantu orang ramai mendapatkan makanan pada harga murah sambil bersedekah.

ALOR GAJAH - Peniaga pasangan suami isteri dari Rumbia, Alor Gajah di sini tidak kisah menjual nasi campur pada harga RM4 dan percuma air di tepi jalan pekan Masjid Tanah di sini semata-mata ingin membantu penduduk mendapatkan makanan pada harga murah selain niat bersedekah.

Biarpun pasangan Junaidah Idris, 47, dan suaminya Jais Omar, 48, terkesan akibat pandemik Covid-19, namun penjualan nasi campur RM4 tidak menganggu mereka berkongsi rezeki dengan orang lain walaupun hanya memperolehi keuntungan yang kecil.

Iklan
Iklan

Junaidah berkata, sebelum ini dia mengusahakan kedai makan, namun disebabkan tidak mampu menjelaskan sewa bulanan sebanyak RM700, mereka mengambil inisiatif membuka meja dan berniaga di tepi jalan pekan Masjid Tanah.

Junaidah (kanan) berniat mahu membantu orang ramai mendapatkan makanan pada harga murah sambil bersedekah.

Menurutnya, tidak rugi menjual nasi campur dikenali sebagai 'full tank' itu dengan harga sedemikian, malah mengakui selepas sedekah dengan cara ini perniagaannya semakin maju dan menu nasi campur semakin mendapat permintaan biarpun baru berniaga sejal awal bulan ini.

Iklan

Katanya, setiap hari dia akan menyediakan kira-kira 10 jenis lauk seperti ayam lemak, ayam goreng kunyit, daging asam pedas, daging kari, ayam masak merah dan ikan goreng sambal untuk memberi pilihan kepada pelanggan.

"Memang hasrat saya nak berniaga sambil bersedekah, jadi daripada jual pisang goreng, kami menjual nasi 'full tank' RM4 dan percuma air sejak awal bulan ini.

Iklan

"Kami mula berniaga jam 11 pagi dan alhamdulillah selalunya dalam tempoh dua jam nasi habis dijual," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Junaidah berkata, mereka berhasrat untuk menambah lagi lauk-pauk bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang terdiri pelbagai perigkat usia.

"Selain itu kami juga merancang untuk menjual jagung keju leleh dan harap apa yang kami usahakan ini berpanjangan.

"Saya pun tak sangka hanya mula memasak menggunakan lima kilogram beras kini meningkat sehingga 20 kilogram dan menunjukkan sambutan positif pelanggan," katanya.

Sementara itu, pelanggan, Akmal Azmi,24, yang bekerja sendiri berkata, nasi campur yang dijual bukan sahaja berbaloi namun membantu orang ramai terutama dalam keadaan ekonomi sekarang.

"Selalu saya beli di sini, kerana harga berpatutan, lauk pelbagai pilihan selain diberikan air percuma," katanya.