816kg sampah dikutip di Sungai Kayu Ara

Iklan
Sebanyak 816kg sampah dikutip dari Sungai Kayu Ara, Kampung Sungai Penchala menerusi aktiviti pembersihan yang dijalankan selama dua hari sejak Khamis.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama rakan kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) iaitu Fuze Ecoteer berjaya mengutip sebanyak 816 kilogram (kg) di Sungai Kayu Ara, Kampung Sungai Penchala di sini menerusi satu aktiviti pembersihan.

Unit Media DBKL menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan aktiviti yang turut disertai 12 sukarelawan dari Sunway University berjaya mengutip sebanyak 360kg sampah pada Khamis, manakala sebanyak 456kg dikutip pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran tersebut, sampah-sampah tersebut akan diasingkan mengikut jenis bagi mengkaji jenis sampah yang paling banyak terlepas ke sungai.

"Terima kasih juga kepada pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) yang membantu mengutip sampah yang telah dikumpulkan.

Iklan

"DBKL menyeru warga kota Kuala Lumpur untuk lebih prihatin akan kebersihan sungai dan alam sekitar supaya ianya dapat dinikmati oleh kita sendiri dan generasi akan datang," kata hantaran tersebut pada Jumaat.

Hadir sama ke aktiviti tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya DBKL, Nor Hashida Harun.

Iklan