Wolves bakal turunkan kesebelasan terbaik

Iklan
Pemain Wolves meraikan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur minggu lalu. -Foto: PA Wire

PENGENDALI Wolverhampton Wanderers, Bruno Lage menegaskan dia bakal menurunkan kesebelasan terkuat pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Leicester City di Stadium Molineux pada Isnin.

Menurut Lage, dia mahu memanfaatkan sepenuhnya situasi semasa yang membolehkannya menurunkan barisan pemain terbaik pada perlawanan itu nanti.

Iklan
Iklan

"Kesemua pemain kita disahkan cergas untuk beraksi dan ini membuatkan kita dapat menyusun pemain, seterusnya menurunkan kesebelasan terbaik.

"Justeru, tidak mahu kecewa pada perlawanan ini dan berharap pemain-pemain yang diturunkan kelak dapat memberikan aksi terbaik untuk kita melakarkan kemenangan,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Wolves kini berada di kedudukan ketujuh dengan 37 mata setelah mengharungi 23 perlawanan dengan kelebihan dua perlawanan.

Sementara itu, Lage berkata, dia mahu menyusun semula pasukannya dimulai dengan benteng pertahanan, tengah dan serangan dalam usaha membentuk pasukan yang lebih mantap kali ini.

Iklan

Katanya, dengan penyusunan semula itu, diharapkan asakan-asakan Wolves menjadi lebih teratur dan seterusnya mampu menjamin kejayaan pasukan.

"Kita kini ada banyak pilihan pemain yang kesemuanya cergas dan bersedia untuk beraksi.

"Oleh itu, kita akan manfaatkannya bagi menstruktur semula pasukan ini,” kataya.