Lebih 10 peratus kanak-kanak di Malaysia terima dos pertama

Iklan
Muhammad Ammar menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3) Rabu lalu. -Foto:Bernama

KUALA LUMPUR - Sebanyak 383,165 individu atau 10.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Jumaat.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 13,844,963 atau 58.8 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19, seramai 22,943,301 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,220,003 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Iklan
Iklan

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,368 individu atau 89.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,881,894 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 36 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan Johor melaporkan 11 kes, masing-masing enam kes di Sabah dan Selangor, Kedah (4), masing-masing tiga kes di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur. - Bernama

Iklan
Iklan