Kemenangan suntik semangat The Foxes berdepan Wolves

Iklan
Pemain Leicester City perlu menang ke atas Wolves. - Foto redacaoemcampo.com

KEMENANGAN 4-1 Leicester City ke atas kelab Liga Denmark Randers FC pada saingan Liga Konfrens Europa pada Jumaat mampu menyuntik semangat pemain menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Wolverhampton Wanderers pada Isnin.

Bagaimanapun, pengendali The Foxes, Brendan Rodgers tetap mengingatkan kesebelasan The Foxes terus memberikan fokus dan meminimumkan kesilapan dalam usaha mencatatkan kemenangan berdepan Wolves.

Iklan
Iklan

"Saya mahu pemain memberikan fokus pada perlawanan ini kerana kita tidak memiliki pilihan selain menang.

"Selain itu, pemain The Foxes juga perlu meminimumkan kesilapan di sepanjang perlawanan bagi merealisasikan misi kemenangan kali ini,” katanya.

Iklan

Leicester kini berada pada kedudukan kesebelas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 27 mata setelah mengharungi 22 perlawanan setakat ini.

Sementara itu, Rodgers mengakui kagum dengan tugas yang dilaksanakan rakan sejawatnya, Bruno Lage bersama skuad Wolverhampton Wanderers.

Iklan

Menurut Rodgers, Lage telah melaksanakan tugas dengan baik hingga berjaya membentuk skuad Wolves yang agak mantap musim ini.

"Bagi saya, Lage telah menjalankan tugasnya dengan baik setakat ini dan ia nyata sesuatu yang baik buat pasukan.

"Apa pun, sebenarnya, Lage telah diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan sebuah pasukan yang sememangnya memiliki ramai pemain yang baik.

"Oleh itu, kehadirannya dilihat telah membantu untuk memantapkan lagi pasukan berkenaan,” katanya.