Rusia nafi terlibat serangan siber ke atas Ukraine

Iklan
Moscow tidak terlibat dalam serangan siber ke atas bank di Ukraine baru-baru ini. -Foto: Reuters

WASHINGTON - Rusia menolak tuduhan Amerika Syarikat (AS) sambil menegaskan Moscow tidak terlibat dalam serangan siber ke atas bank Ukraine baru-baru ini, menurut Kedutaan Rusia ke AS.

Timbalan Penasihat Keselamatan Negara bagi Teknologi Siber dan Baharu, Anne Neuberger pada Jumaat berkata, pentadbiran Presiden Joe Biden percaya kejadian terbaharu membabitkan penggodam siber Rusia menyasarkan entiti kerajaan Ukraine, termasuk kementerian pertahanan negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

Iklan
Iklan

"Kami secara mutlak menolak tuduhan tidak berasas pentadbiran (AS) dan menegaskan bahawa Rusia tidak terlibat dalam kejadian itu dan tidak menjalankan sebarang operasi berniat jahat di alam siber," menurut kedutaan menerusi ciapan Twitternya.

Berikutan itu, kedutaan Rusia menyifatkan kenyataan Neuberger sebagai anti-Rusia. - Bernama

Iklan
Iklan