PORT DICKSON - [DIKEMAS KINI] Hospital UCSI menawarkan 500 dos vaksin setiap minggu menerusi Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) di negeri ini bermula Sabtu.
Pengarah perubatan dan pakar kanak-kanak Hospital UCSI, Profesor Dr Amaludin Ahmad berkata, ramai ibu bapa dan kanak-kanak hadir lebih awal daripada waktu janji temu pemberian vaksin pada hari pertama PICKids.Menurutnya, setiap janji temu akan berlangsung pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad setiap minggu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.