Keluarga Malaysia yang majmuk seharusnya menjadikan perbezaan antara satu sama lain sebagai suatu kelebihan dan keistimewaan untuk merapatkan hubungan dan bukan untuk memisahkan.
Perkara berkenaan diucapkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Makan Malam Tahun Baharu Cina di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Educity, Jumaat.