JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama negara apabila menewaskan Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13 dan 21-15 pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.
Biarpun tewas pada set pertama, Zii Jia tampil garang pada set kedua untuk menewaskan Hyeok Jin dan seterusnya mengheret perlawanan ke set penentuan.
Walaupun diberikan tentangan sengit oleh Hyeok Jin, Zii Jia dilihat menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya bagi memenangi set penentuan dan sekali gus memberikan mata pertama buat skuad negara.