Tiada kompromi kenderaan luar langgar undang-undang

Iklan
Siinar Harian pada Sabtu melaporkan sikap segelintir pemandu lori kontena dari negara jiran yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya ketika menunggu giliran untuk masuk ke Thailand di pintu sempadan menerusi Kompleks ICQ Padang Besar di sini, menimbul kebimbangan bukan sahaja kepada pengguna jalan raya lain, malah penduduk setempat.

KANGAR - Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana kenderaan perdagangan yang menyalahi undang-undang termasuk bersikap seperti samseng jalanan, kata Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan kompaun serta-merta terhadap kenderaan yang menyebabkan berlakunya halangan lalu lintas, menyebabkan kesesakan dan melanggar undang-undang.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar mendapati punca kesesakan lalu lintas di pekan Padang Besar melibatkan lori kontena dan kenderaan perdagangan pada 17 Februari disebabkan peningkatan jumlah kenderaan yang ingin balik ke Thailand di samping beberapa masalah teknikal dan faktor jalan raya,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Bernama pada Sabtu melaporkan orang ramai khususnya penduduk setempat dan pengguna jalan raya bimbang keselamatan mereka dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemandu lori warga Thailand tidak mematuhi undang-undang jalan raya ketika menunggu giliran untuk masuk ke Thailand di pintu sempadan menerusi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar.

Iklan

Tindakan tersebut bukan hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas namun mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Saifudin berkata bagi mengawal dan mengurangkan kesesakan, IPD Padang Besar melalui bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah dan cawangan kereta peronda telah digerakkan untuk membuat kawalan dan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.

Iklan

Beliau berkata polis turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di ICQ Padang Besar bagi mengatasi masalah tersebut.

"Hasil pemantauan dan kawalan yang dilakukan oleh pihak polis sehingga 4.30 petang ini mendapati keadaan terkawal dan tiada kesesakan jalan raya di pekan Padang Besar namun pengguna jalan raya diseru untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah dalam kenyataan berasingan berkata, pihaknya telah melipat gandakan operasi penguatkuasaan di kawasan Kompleks ICQS Padang Besar terutamanya berhampiran bulatan pekan Padang Besar bermula Jumaat.

"Dalam operasi penguatkuasaan yang diadakan semalam, semua kenderaan Thailand didapati tidak melakukan kesalahan lalu lintas dan keadaan adalah terkawal. Lori-lori yang diperiksa beratur mengikut laluan yang dibenarkan dan tidak mengganggu aliran trafik.

"Pemandu-pemandu kenderaan Thailand telah diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 20 kenderaan telah diperiksa dan empat notis telah dikeluarkan di sekatan jalan raya yang dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa Stesen Kawalan Sempadan (SKS) Padang Besar dan JPJ Perlis. - Bernama