BEREGU utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang mata kedua negara apabila menewaskan beregu Korea Selatan, Kim Sa-rang-Kim Won-ho, 21-14, 20-22, 21-19 pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.
Bagaimanapun, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan gandingan Korea Selatan itu pada pertemuan yang berlanjutan hingga ke set penentuan.
Iklan
Iklan
Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi cemerlang pada set pertama dan dilihat tidak berdepan masalah untuk menewaskan gandingan Sa-rang-Won-Ho.
Bagaimanapun, Sa-rang dan Won-Ho dilihat memberikan tentangan sengit pada set kedua hingga menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakukan beberapa kesilapan.
Namun, pengalaman nyata memisahkan kedua-dua gandingan berkenaan apabila kemenangan akhirnya menjadi milik Aaron-Wooi Yik pada set penentuan sekali gus memberikan mata kedua buat skuad negara.