Exco Kelantan positif Covid-19

Iklan
Dr Izani

KOTA BHARU - Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan secara rasmi menerusi akaun Facebook milik Dr Izani pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang itu sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Selasa lalu.

"Semoga ALLAH SWT memberikan kesembuhan dan memudahkan urusan kita semua.

Iklan
Iklan

"Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama," katanya menerusi entri tersebut.