NASA dedah imej awan di Marikh

Iklan
Klip video NASA baru-baru ini menunjukkan imej awan di planet Marikh. - Foto NASA/JPL-Caltech/Universiti York

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) baru-baru ini mendedahkan imej awan yang dirakamkan kenderaan robotik Curiosity di lokasi penjelajahannya di planet Marikh.

Menurut NASA, bukan satu tugas yang mudah bagi kenderaan tersebut untuk merakamkan imej awan itu.

Iklan
Iklan

Ini kerana kamera Curiosity tidak direka untuk merakamkan awan tersebut.

Sebaliknya, kamera kenderaan itu digunakan untuk tujuan merakamkan imej batuan di Marikh dan landskap dalam misinya untuk mencari tanda-tanda kuno kehidupan di planet tersebut.

Iklan

Bagaimanapun, ia berjaya merakamkan imej tersebut yang menunjukkan awan yang kelihatan sangat samar sehinggakan NASA terpaksa menggunakan teknik pengimejan khas untuk melihatnya selain menghasilkan dua klip rakaman itu.

Kenderaan robotik itu merakamkan imej awan tersebut pada 12 Disember 2021 tetapi NASA hanya mendedahkannya kepada umum baru-baru ini.

Iklan

Dalam satu klip video, ia menunjukkan pergerakan awan manakala satu lagi imej menunjukkan awan di langit berada di atas kenderaan tersebut.

Menurut NASA, awan itu sangat tinggi dan berada hampir 80 kilometer di atas permukaan planet Marikh. - Agensi