PENYANYI, Awi Rafael yang kini sedang bercuti untuk berehat, sempat berkongsi luahan hati terhadap ibunya.
Menurut penyanyi berusia 33 tahun ini, dia tidak menyangka ibunya ada menyimpan sedikit wang dan memberikan hadiah percutian ini kepadanya.
"Terima kasih Ibu, hadiahkan Awi tempat rehat untuk tenangkan fikiran.
"Tak sangka Ibu dah save duit, khas untuk hadiah ini. You know i tried my best Ma.. Awi akan usaha lagi kuat untuk tetap banggakan you,” tulisnya menerusi entry di akaun Instagramnya.
Bukan itu sahaja, menurut Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, baginya restu ibu amat penting dan berharap dia akan membina keluarga masa depannya sendiri nanti.
"Doa dan restu Ibu nombor satu untuk seorang anak lelaki.
"Insya-ALLAH kalau ada rezeki, Awi akan cuba lagi untuk membina keluarga masa depan Awi..I promise you Ma,” ujarnya.
Awi dan Atikah sepatutnya dijadualkan mendirikan rumah tangga semalam, 17 Mac 2019, namun dua hari sebelum itu, dia memaklumkan bahawa perkahwinan mereka tidak akan berlangsung.