Lelaki maut kereta terbabas sebelum terbakar

Iklan
Keadaan kereta yang terbakar di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Balai Undang Sungai Ujong di sini, awal pagi Ahad. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan

SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terbakar di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Balai Undang Sungai Ujong di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian lebih kurang jam 4.50 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dipandu lelaki berumur 35 tahun dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati sebaik mangsa tiba di lokasi, kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi tengah jalan dan melanggar tiang lampu jalan.

"Akibat kemalangan, kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan sehingga mengakibatkan pemandunya tersepit dan gagal keluar dari kenderaan sebelum kenderaan tersebut terbakar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut Nanda, mangsa turut terbakar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk tujuan bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Iklan