PPM rampas 32 ekor hidupan liar seludup

Iklan
PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 32 ekor hidupan liar yang ditinggalkan oleh penyeludup dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Sungai Mentua, Tumpat pada Rabu.

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 32 ekor hidupan liar yang ditinggalkan oleh penyeludup dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Sungai Mentua di sini pada Rabu.

Rampasan haiwan liar itu membabitkan 'sugar glider' dan burung kakak tua itu dilakukan pada jam 9 malam.

Iklan
Iklan

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Mohammad Said berkata, rampasan itu hasil rondaan rutin menggunakan bot yang dilakukan oleh pasukannya di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

"Semasa melakukan rondaan, anggota bertugas telah terserempak dengan seorang individu sedang memunggah sesuatu dari tebing pangkalan haram tersebut dalam keadaan mencurigakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, menyedari kehadiran bot rondaan PPM, individu tersebut telah bertindak melarikan diri dengan sebuah kereta menuju ke jalan besar.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi telah menjumpai 20 ekor 'sugar glider' berwarna putih; 10 ekor 'sugar glider' berwarna hitam dan dua ekor burung kakak tua.

Iklan

Norzaid berkata, PPM tidak menolak kemungkinan kesemua binatang itu dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

"Kesemua hidupan liar tersebut bernilai RM24,000. Kes disiasat bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya.

Menurutnya, PPM Wilayah Tiga akan terus memperketatkan kawalan dalam usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutama berkait penyeludupan.

Katanya, PPM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti ini.

"Saya amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk membantu pihak berkuasa membendung aktiviti jenayah rentas sempadan," ujarnya.