Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Iklan
Tujuh lelaki ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi berasingan sekitar Seremban pada Sabtu. -Gambar hiasan

SEREMBAN - Padah membuat aksi 'willy' dan 'superman', enam lelaki berusia 17 hingga 21 tahun ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi berasingan pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, operasi lebih kurang jam 11 malam itu dilaksanakan Skuad 42 JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Seremban.

Iklan
Iklan

"Hasil daripada operasi ini, seramai enam individu ditahan kerana melakukan kesalahan memandu secara melulu, merbahaya dan bersaing sesama sendiri.

"Tiga daripadanya berumur antara 17 dan 21 tahun yang merupakan pekerja swasta berjaya ditahan selepas melakukan aksi 'willy' dan lagak 'superman' dengan gaya meniarap di atas tempat duduk motosikal," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Jelasnya, tiga lagi lelaki masing-masing berusia 18 hingga 20 tahun ditahan selepas didapati melakukan aksi 'superman' dan menunggang motosikal secara bersaing sesama sendiri.

"Mereka turut memotong kenderaan secara zig-zag dari Kilometer (KM)256.8 hingga KM259.1 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS).

Iklan

"Polis juga menahan seorang lelaki berumur sekitar 40 tahun di Jalan Kayu Ara Seremban kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan iaitu 50 miligram dalam 100 mililiter darah.

"Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 42(1) serta Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.