SEMUA orang tahu bahawa merokok sangat berbahaya, baik untuk diri sendiri mahu pun terhadap orang lain di sekeliling mereka.
Bagaimanapun, disebabkan ketagihan, perokok merasa sangat sukar untuk menghentikan tabiat merokok walaupun mereka mahu berbuat demikian. Artikel di bawah ini akan memberi pembaca 5 langkah bagaimana untuk berhenti merokok.
Langkah 1:
Mempunyai perancangan, tetapkan tarikh berhenti. Jika keinginan itu muncul semasa waktu kerja, maka akan lebih mudah untuk mula berhenti pada hujung minggu. Sebaliknya, jika anda merasakan keinginan untuk merokok pada hujung minggu atau tempat kerja anda tidak membenarkan merokok, maka Isnin atau mana-mana hari kerja akan jadi hari yang sempurna untuk berhenti merokok.
Selepas menetapkan tarikh berhenti, beri perhatian lebih kepada pemakanan anda kerana apa yang anda makan boleh sedikit sebanyak mengurangkan ketagihan terhadap rokok dan tembakau. Ambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Di samping itu minum susu sangat membantu daripada segi berhenti merokok kerana rasa tenusu membuatkan kurang cenderung untuk merokok.
Langkah 2:
Mohon sokongan. Beritahu keluarga dan rakan-rakan mengenai keputusan anda berhenti merokok dan minta sokongan mereka. Luangkan masa dengan orang yang berjaya melepaskan diri daripada merokok dan minta nasihat. 'Ceramah-ceramah kecil' ini akan menjadi insentif untuk anda.
Langkah 3:
Kekalkan sibuk. Ramai orang tidak boleh berhenti merokok kerana hakikat bahawa mereka merokok apabila merasa bosan dan tertekan. Jangan biarkan diri anda mencari bantuan daripada nikotin. Alihkan diri dengan menyertai aktiviti fizikal yang sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan, selain mengubah emosi negatif anda. Tambahan pula, memecahkan peluh juga meningkatkan perasaan anda, kawalan diri, sambil mengurangkan impulsif untuk mendapatkan rokok atau tembakau.
Langkah 4:
Elakkan pencetus merokok. Jangan tinggal bersama perokok dan berada di tempat merokok terlalu lama. Mereka boleh mencetuskan kembali keinginan untuk merokok. Sebaliknya, luangkan masa dengan orang yang tidak merokok atau orang yang berjaya berhenti merokok. Buang semua rokok, pemetik api dan bekas rokok anda.
Langkah 5:
Ganjaran prestasi anda. Berhenti merokok tidak semudah yang anda harapkan. Oleh itu, setiap hari berlalu tanpa rokok atau tembakau adalah satu kejayaan. Ingatlah untuk memberi penghargaan kepada diri sendiri. Dengan wang yang biasanya anda habiskan untuk merokok, anda kini boleh membelanjakannya kepada perkara lain yang lebih perlu.
Berhenti merokok sukar, tetapi berbaloi. Masa lebih lama dan semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan anda akan mati segera akibat kanser. Oleh itu, cubalah berhenti merokok secepat mungkin.
Sumber: https://hellodoktor.com/
#sihataktif