Guardiola belum mahu tekan butang panik

Iklan
Mahrez ketika mengambil sepakan penalti untuk gol kedua City ketika berdepan Tottenham Hotspur di Stadium Etihad. - Foto AFP

PENYANDANG juara Manchester City tidak mahu menekan butang panik selepas dijinakkan Tottenham Hotspur 2-3 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.

Sebaliknya pengendali The Citizens, Pep Guardiola menegaskan bahawa kelab itu masih berada di landasan terbaik mengekalkan kejuaraan tersebut musim ini.

Iklan
Iklan

"Sejak beberapa minggu lalu saya menyatakan bahawa baki perlawanan liga kali ini akan menjadi pertempuran sengit yang memerlukan kami memenangi setiap perlawanan.

"Setiap perlawanan akan menjadi pertempuran besar-besaran terutama perlawanan menentang pasukan berkualiti seperti Tottenham ini. Ia adalah permainan yang bagus dan mereka bertahan dengan begitu kompak.

Iklan

"Sejujurnya kami mengetahui situasi itu dan menerima kekalahan ini, malah para pemain mula memahami betapa sukarnya mengharungi baki perlawanan walaupun selesa mendahului dengan jarak mata yang jauh sebelum ini apatah lagi tidak pernah tewas aksi liga sejak Oktober. Kami tahu selepas tiga kekalahan Tottenham akan kembali,” ujarnya.

Dalam perlawanan itu, gol Tottenham dijaringkan Dejan Kulusevski pada minit keempat, Kane (59', 95') manakala gol Manchester City dihasilkan İlkay Gündogan (33') dan Riyad Mahrez (92').

Iklan

Untuk rekod ini kekalahan liga ketiga City musim ini dan kedua kepada Tottenham yang memenangi perlawanan pusingan pertama sebelum ini yang tampil tanpa khidmat Harry Kane.

Keputusan itu menyaksikan Manchester City kini hanya mendahului liga dengan enam mata berbanding Liverpool, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Anak buah Guardiola dijangka berdepan skuad kendalian Jurgen Klopp di Stadium Etihad pada April depan.