Arteta tabik semangat berpasukan Arsenal

Iklan
Smith Rowe (kiri) meraikan jaringan bersama pemain pertahanan Arsenal, Kieran Tierney ketika berdepan Brentford di Stadium Emirates. - Foto AFP

MIKEL Arteta memuji semangat berpasukan The Gunners apabila berjaya membalas dendam terhadap Brentford dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.

Biarpun mengakui masih kecewa dengan deretan peluang yang gagal diterjemahkan dalam bentuk gol, namun pengendali dari Sepanyol itu tetap berpuas hati dengan keazaman tinggi para pemain memburu tiga mata.

Iklan
Iklan

"Saya rasa hari ini kami benar-benar bagus. Setiap pemain mempunyai kepercayaan sebenar terhadap apa yang kami lakukan.

"Para pemain menikmati kebersamaan dan semangat mereka sangat luar biasa. Malah mereka terus berusaha memberikan yang terbaik sepanjang perlawanan.

Iklan

"Kami mempunyai satu lagi perlawanan pada Jumaat, kami akan cuba untuk memenanginya dan pergi perlawanan demi perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan pusingan pertama sebelum ini, The Bees yang melakukan penampilan sulung di saingan Liga Perdana Inggeris mengejutkan Gunners 2-0 di Stadium Komuniti Brentford pada Ogos tahun lalu.

Iklan

Namun Arsenal kembali menebus kekalahan dalam derbi kedua terbaik di utara London hasil jaringan Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka pada separuh masa kedua, manakala Christian Norgaard menjaringkan saguhati untuk pelawat.

Pada masa sama, Arteta mengakui Smith Rowe dan Saka perlu lebih kerap didedahkan perlawanan berintensiti tinggi dan kompetitif pada masa depan.

"Ya, Smith Rowe dan Saka menyerlah dalam perlawanan ini apabila mereka melakukan tindakan individu paling sukar untuk pasukan memenangi perlawanan ini.

"Mereka berhak mendapat pujian untuk itu, namun secara keseluruhan pasukan juga bermain dengan bagus,” ujarnya.