Kelantan tidak pernah dianaktirikan anjur Sukma: Khairy

Iklan
Khairy Jamaluddin

KELANTAN tidak pernah dianaktirikan dalam pemilihan sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma), kata bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy yang menyandang portfolio Menteri Belia dan Sukan dari 2013 hingga 2018 berkata, Kelantan pernah ditawarkan menjadi penganjur temasya itu melalui beberapa Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma selepas edisi Perlis 2014 berjaya dianjurkan dengan cemerlang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pemilihan tuan rumah temasya sukan itu dibuat secara saksama melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma yang dianggotai 14 Exco Belia dan Sukan Negeri selain tertakluk kepada kesanggupan dan kesediaan negeri yang dipilih.

"Mengikut penggiliran negeri penganjur, selepas Sukma Sarawak 2016, hak penggiliran penganjuran akan kembali ke negeri di Pantai Timur. Kelantan yang belum pernah menganjurkan Sukma merupakan pilihan namun kerajaan Kelantan ketika itu tidak bersedia untuk menganjurkannya atas beberapa kekangan.

Iklan

"Kita juga semasa membuat keputusan Sukma 2018 kepada Perak dan Sukma 2020 kepada Johor turut mengalu-alukan agar Kelantan mempertimbangkan untuk menjadi tuan rumah Sukma 2022 supaya temasya sukan itu dapat dibawa kepada rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, tanpa merujuk kepada mana-mana menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam video TikToknya antara lain mendakwa beliau ‘mengembalikan semula hak penganjuran’ Sukma kepada Kelantan.

Iklan

Mengulas lanjut, Khairy yang kini Menteri Kesihatan berkata, kenyataan Syed Saddiq itu yang menerajui Kementerian Belia dan Sukan dari 2018 hingga 2020, seolah-olah memperlihatkan menteri Belia dan Sukan sebelum ini menafikan hak negeri berkenaan menjadi tuan rumah temasya sukan tersebut. - Bernama