'Berhenti baca konspirasi sampah, dapatkan dos penggalak'

Iklan
Ciapan Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya pada Ahad.

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa orang ramai supaya tidak mengendahkan sebarang konspirasi sampah mengenai dos penggalak dalam media sosial.

Ahli Parlimen Rembau itu turut memuat naik graf yang menunjukkan bahawa kadar kematian lebih tinggi berlaku dalam kalangan yang belum mengambil vaksin berbanding mereka yang telah lengkap vaksinasi dan dos penggalak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, graf itu menunjukkan keberkesanan dos penggalak dalam menghadapi gelombang Omicron

"Booster (dos penggalak) memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19.

Iklan

"Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di Facebook,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Beliau turut meminta agar orang ramai melindungi diri dengan mendapatkan dos penggalak.

Iklan